Category Archives: Uncategorized

Cara-cara mengenalpasti tanda kanak-kanak autisme.

Antara sikap individu yang mengalami autisme ialah :

  1. tidak mahu menghiraukan orang lain.
  2. tidak sensitif kepada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.
  3. tidak suka disentuh seperti dipeluk dan dipegang.
  4. sukar untuk memberi kerjasama berkongsi atau menunggu giliran.
  5. suka bermain sendirian dan kurang bergaul.
  6. mempunyai masalah berkomunikasi dan bertutur dengan baik.
  7. bertutur dengan intonasi yang agak pelik seperti bernyanyi dan bercakap sendirian.

Terapi yang bersesuaian dengan kanak-kanak autisme.

Akhir-akhir ini terdapat berbagai cara  yang ditawarkan untuk menyembuhkan autisme.
Para ibu bapa harus hati-hati dan jangan sembarangan membiarkan anaknya sebagai mangsa keadaan. Sayangnya masih banyak yang lalai  , dan setelah mengeluarkan banyak wang menjadi kecewa oleh kerana hasil yang diharapkan tidak tercapai.
Dibawah ini ada 10 jenis terapi yang benar-benar diakui oleh para professional dan memang bagus untuk autisme. Namun, jangan lupa bahawa Gangguan Spectrum Autisme adalah suatu gangguan proses perkembangan, sehingga terapi jenis apapun yang dilakukan akan memerlukan waktu yang lama. Kecuali itu, terapi harus dilakukan secara terpadu dan setiap anak membutuhkan jenis terapi yang berbeza.

 

1) Applied Behavioral Analysis (ABA)

ABA adalah jenis terapi yang telah lama dipakai , telah dilakukan penelitian dan khusus untuk anak dengan autisme. Sistem yang dipakai adalah memberi pelatihan khusus pada anak dengan memberikan positive reinforcement (hadiah/pujian). Jenis terapi ini bole diukur kemajuannya. Saat ini terapi inilah yang paling banyak dipakai di Malaysia.

 

2) Terapi Bicara

Hampir semua anak dengan autisme mempunyai kesulitan dalam bicara dan berbahasa. Biasanya hal inilah yang paling menonjol, banyak pula individu autistik yang non-verbal atau kemampuan bicaranya sangat kurang. 
Kadang-kadang percakapanya cukup berkembang, namun mereka tidak mampu untuk menggunakan pertuturan untuk berkomunikasi/berinteraksi dengan orang lain. 

Dalam hal ini terapi bicara dan berbahasa akan sangat menolong.

 

3) Terapi Okupasi

Hampir semua anak autistik mempunyai perkembangan motor halus yang lambat. Gerak-gerinya kaku dan kasar, mereka kesulitan untuk memegang pensil dengan cara yang benar, kesulitan untuk memegang sendok dan menyuap makanan kemulutnya, dan lain sebagainya. Dalam hal ini terapi okupasi sangat penting untuk melatih mempergunakan otot -otot halusnya dengan benar.

 

4) Terapi Fizik

Autisme adalah suatu gangguan perkembangan pervasif. Banyak diantara individu autistik mempunyai gangguan perkembangan dalam motor kasarnya. 

Kadang-kadang ototnya lemah sehingga jalannya kurang kuat. Keseimbangan tubuhnya kurang bagus. Fisioterapi dan terapi integrasi sensoris akan sangat banyak menolong untuk menguatkan otot-ototnya dan memperbaiki keseimbangan tubuhnya.

 

5) Terapi Sosial

Kekurangan yang paling mendasar bagi individu autisme adalah dalam bidang komunikasi dan interaksi . Banyak anak-anak ini membutuhkan pertolongan dalam ketrampilan berkomunikasi dua arah, membuat rakannya dan main bersama ditempat bermain. Seorang terqapis sosial membantu dengan memberikan kemudahan pada mereka untuk bergaul dengan teman-teman sebaya dan mengajari cara-caranya.

 

6) Terapi Bermain

Meskipun kedengaran agak pelik, seorang anak autistik memerlukan pertolongan dalam belajar bermain. Bermain dengan teman sebaya berguna untuk belajar bicara, komunikasi dan interaksi sosial. Seorang terapis bermain boleh membantu anak dalam hal ini dengan teknik-teknik tertentu. 

 

7) Terapi Perilaku.

Anak autistik seringkali merasa frustrasi. Teman-temannya seringkali tidak memahami mereka, mereka merasa sulit mengekspresikan apa yang mereka perlukan, Mereka banyak yang hipersensitif terhadap suara, cahaya dan sentuhan. Tak peliklah apabila mereka sering mengamuk. Seorang terapis perilaku terlatih untuk mencari latar belakang dari perilaku negatif tersebut dan mencari solusinya dengan merekomendasikan perubahan lingkungan dan rutin anak tersebut untuk memperbaiki perilakunya,

 

8) Terapi Perkembangan

Floortime, Son-rise dan RDI (Relationship Developmental Intervention) dianggap sebagai terapi perkembangan. maksudnya anak dipelajari minatnya, kekuatannya dan tingkat perkembangannya, kemudian ditingkatkan kemampuan sosial, emosional dan Intelektualnya. Terapi perkembangan berbeza dengan terapi perilaku seperti ABA yang lebih mengajarkan ketrampilan yang lebih spesifik.

 

9) Terapi Visual

Individu autistik lebih mudah belajar dengan melihat (visual learners/visual thinkers). Hal inilah yang kemudian dipakai untuk mengembangkan metode belajar komunikasi melalui gambar-gambar, misalnya dengan metode …………. Dan PECS ( Picture Exchange Communication System). Beberapa video games bisa juga dipakai untuk mengembangkan ketrampilan komunikasi.

 

10) Terapi Biomedik

Terapi biomedik dikembangkan oleh kelompok pakar yang tergabung dalam DAN! (Defeat Autism Now). Banyak dari para perintisnya mempunyai anak autistik. Mereka sangat gigih melakukan kajian dan menemukan bahwa gejala-gejala anak ini diperparah oleh adanya gangguan metabolisme yang akan berdampak pada gangguan fungsi otak. Oleh kerana itu anak-anak ini diperiksa secara intensif, pemeriksaan, darah, urin, feses, dan rambut. Semua hal abnormal yang ditemukan dibereskan, sehingga otak menjadi bersih dari gangguan. Terrnyata lebih banyak anak mengalami kemajuan bila mendapatkan terapi yang komprehensif, aitu terapi dari luar dan dari dalam tubuh sendiri (biomedis).

Implikasi kanak-kanak autism dalam pembelajaran

IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di sekolah. Ini kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan perasaan.

Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught To Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa berkurangan, maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti “Apa yang berlaku disini?, apa yang akan berlaku seterusnya?” dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding bahan yang berbentuk fantasi.

Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti membaca untuk autistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan Authetic High Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak autisti memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah.

Menurut Vacca (2007) , beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam memulakan pengajaran untuk kanak-kanak autistik, guru perlu mengikut minatnya terlebih dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak autistic melukis kartun lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut.

Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan.

Semasa mengajar, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.

Ciri-ciri kanak-kanak autism

 CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISM

  •  1. Komunikasi dan Bahasa

Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut.

  2. Kognitif
Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain. 

3. Interaksi Sosial
Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.

4. Ganguan Emosi
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.

5. Perangai dan Sikap
Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap sesuatu perkara.

6. Kesan Sentuhan Fizikal
Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka akan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut.

Apakah autisme?

Autisme adalah suatu kecelaruan perkembangan yang membawa impak yang teruk terhadap kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang-orang di sekelilingnya (American Psychiatric Association 1994). Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai imaginasi yang terhad, hingga menyebabkan mereka mempunyai ruang lingkup minat yang juga terhaddan sering  melakukan tingkah laku atau pergerakan badan
yang berulang-ulang (Wing & Gould 1979). Kejadiannya lebih kepada kanak-kanak lelaki, iaitu empat kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan. Penyebab autisma masih tidak diketahui dan sehingga kini belum ada penawar bagi kecelaruan perkembangan ini (Center for Disease Control and Prevention, A.S. 2007).
Kajian-kajian terkini tentang autisme melaporkan peningkatan dari segi prevalens autisme (Croen et al. 2002; Volkmar et al. 1997). Pada awal tahun 70-an, prevalensnya adalah tiga atau empat orang penghidap autisme bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak, tetapi laporan statistik yang terkini menyatakan bahawa prevalens autisme bagi tahun 2009 ialah satu dalam 95 orang kanak-kanak (Center for Disease Control and Prevention, A.S. 2009).

Kajian oleh Ganz (2006) menyatakan bahawa kos perbelanjaan
seumur hidup bagi seorang penghidap autism ialah USD 3.2 juta. Jumlah penghidap autisme di Amerika Syarikat adalah 1.5 juta orang dan kos perbelanjaan seumur hidup bagi mereka di negara ini dianggarkan sebanyak USD 35 billion setahun. Walau bagaimanapun, masih tiada statistik rasmi tentang prevalens autisme di Malaysia.
Dengan meningkatnya kejadian autisme, keperluan terhadap guru-guru pendidikan khas yang terlatih turut meningkat untuk mendidik kanak-kanak yang mengalami autisme agar mereka dapat mengatasi atau mengurangkan impak negatif autisme dalam hidup mereka. Namun, menurut National Research Council, A.S. (2001), latihan guru merupakan elemen yang paling lemah dalam usaha
menyediakan perkhidmatan yang efektif untuk kanak-kanak yang mengalami autisme dan keluarga mereka. Scheuermann et al. (2003) menyatakan bahawa antara masalah utama dalam bidang autisme di Amerika Syarikat adalah kekurangan guru-guru terlatih pada tahap kronik untuk mendidik kanak-kanak autisme. Latihan guru yang
kurang mantap juga merupakan satu isu besar yang menghalang penyediaan guru yang cukup dan terlatih dalam bidang autisme (Scheuermann et al. 2003).

Bagi menyediakan pendidikan yang efektif untuk kanak-kanak yang mengalami autisme, guru-guru pendidikan khas perlu dibekalkan asas kemahiran perguruan arus perdana dan pendidikan khas termasuklah kemahiran khas dalam bidang autisme (Simpson 2004).
Antara ilmu dan kemahiran yang harus mereka kuasai adalah kefahaman tentang ciri autisme, penaksiran, diagnosis dan penilaian kanak-kanak autisme. Guru-guru yang mendidik kanak-kanak autisme perlu menguasai modul-modul autisme dan kaedah pengajaran yang merangkumi:
1. Strategi peningkatan kemahiran interaksi sosial, komunikasi dan kemahiran kendiri.
2. Strategi sokongan isu sensori.
3. Kaedah pengurusan dan akomodasi persekitaran.
4. Intervensi tingkah laku positif (Simpson 2004).
Guru untuk kanak-kanak autis juga perlu berkemahiran untuk bekerjasama dengan guru arus perdana dalam usaha menyediakan pendidikan inklusif selain bekerjasama dengan ibu bapa dan para profesional lain seperti pakar pertuturan, pakar terapi cara kerja dan lain-lain (Scheuermann et al. 2003).
Stone dan Rosenbaum (1988) yang menjalankan kajian tentang kefahaman mengenai autisme di kalangan ibu bapa dan guru-guru di Amerika Syarikat mendapati para responden mempunyai salah faham mengenai autisme. Ibu bapa dan guru-guru pula mempunyai fahaman yang berbeza yang mungkin mempunyai impak yang negatif ke atas usaha koloborasi mereka. Mavropoulou dan Padeliadu (2000)
menggunakan borang soal selidik yang dibina oleh Stone dan Rosenbaum (1988) dalam kajian mereka yang membandingkan persepsi guru arus perdana dan guru pendidikan khas di Greek tentang autisme. Keputusan kajian mereka menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan ini keliru tentang beberapa aspek mengenai autisme. Walau bagaimanapun, guru pendidikan khas didapati lebih cekap dalam mengenal pasti ciri autisme. Berdasarkan keputusan
kajian ini, beberapa cadangan telah diketengahkan untuk menambah baik kursus dalam perkhidmatan untuk guru arus perdana dan guru pendidikan khas di Greek supaya pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai autisme dapat dipertingkatkan.
Schwartz dan Drager (2008) pula mengadaptasi borang soal selidik Stone dan Rosenbaum (1988) untuk mengkaji keberkesanan latihan dan tahap pengetahuan mengenai autisme di kalangan ahli terapi pertuturan di Amerika Syarikat. Keputusan kajian ini mendapati bahawa walaupun para responden mempunyai pengetahuan yang mantap tentang ciri autisme, tetapi mereka masih lagi keliru mengenai diagnosisnya. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa ahli-ahli terapi pertuturan yang terlibat tidak menerima latihan yang mencukupi dan kurang berkeyakinan dengan kebolehan mereka untuk menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang mengalami autisme.

Manakala di Malaysia pula, Susanna Philips (2005) mengkaji tahap pengetahuan guru arus perdana mengenai autisme dan mendapati bahawa guru arus perdana di sekolah-sekolah di Malaysia kurang berpengetahuan mengenai aspek-aspek kognitif, sosial dan emosi murid yang mengalami autisme sebanyak 84.3% daripada para
responden juga tidak dapat mengenal pasti jenis perkhidmatan sokongan atau jenis ahli profesional yang diperlukan oleh kanak-kanak ini.
Kajian ini mengadaptasi borang soal selidik Schwartz dan Drager (2008) untuk mengkaji latihan mengenai autisme yang diterima oleh guru-guru pendidikan khas di Malaysia, tahap pengetahuan mereka mengenai autisme dan tahap keyakinan mereka untuk mendidik
kanak-kanak yang mengalami autisme.